Pengalaman profesional Jafri Malin Abdullah

Pada tahun 1999 beliau mendapat Anugerah Saintis Muda Negara Malaysia. Mulai tahun 2001-2012 beliau dilantik untuk menjadi Penyelaras program Sarjana Neurosurgeri, neurologi dan Sarjana/Phd Neurosains di Pusat Pengajian Sains Perubatan. Beliau juga menjadi Ketua Penyelidikan Kelompok ("Kluster") Sains Otak, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM pada tahun 2004 hingga 2010. Beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa, Rangkaian Program Neuro Sains, Pertubuhan Penyelidikan Otak Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya International Brain Research Organization(IBRO) pada 2007. Kejayaannya tidak berhenti di situ, apabila beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarang Jurnal Sains Perubatan,Malaysian Journal of Medical Sciences pada 2008. Pada tahun 2009 beliau di lantik sebagai Presiden Persatuan Alumni Doktor Perubatan USM dan juga Presiden Society for Neuroscience, Amerika Syarikat (Malaysian Chapter) dalam tahun 2009.Beliau juga adalah Editor untuk Journal of Pediatric Neurology,Peer J dan menjadi ahli "editorial board" untuk 5 lagi jurnal antarabangsa.Beliau baru-baru ini dilantik sebagai Top Research Scientist Malaysia dalam bidang neurosains oleh Akademi Sains Malaysia pada tahun 2013.